ADDvs

Monday, October 31, 2011

perkara yang perempuan harapkan daripada lelaki


Assalamualaikum wbt =)
Selamat hari isnin =(

Banyak benda saya nak share tapi saya taktau mana satu nak tulis. Idea ada tetapi kadang- kadang taktau macamana nak mulakan =) Takdi masa di opis tetiba jumpa sikit artikel kat encik google. Jadi saya fikir apa salahnya kalau saya share di sini kan. Selalunya apa yang korang selalu harapkan dari lelaki tak kesahlah suami atau boifren. Kalau saya, cukuplah dia menerima saya seadanya, menyayangi, menyintai saya kerana Allah swt dan pastinya tidak curang. curang paling saya saya saya tidak dapat menerima =( Entahlah, mungkin pada orang lain boleh berkongsi kasih dengan perempuan lain tetapi mungkin bukan saya. Hati saya benar- benar tidak dapat menerima. Hati saya pasti sakit. Saya memang 'tabik' pada perempuan yang berjiwa kental, yang sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain. Pastinya Allah kurniakan dia dengan hati yang begitu suci =) Begitu beruntungnya perempuan sebegini di mata Allah swt kerna diberikan hati yang begitu mulia. 

Okay, di bawah ni saya ada list beberapa sifat dan sikap yang saya amat harapkan ada pada lelaki yang bakal ada jodoh saya nanti =) 

  • Soleh : Mana- mana girl pun pastinya taknak lelaki yang jahat. Pasti semua orang mengimpikan lelaki yang taat pada perintah Allah swt. Macam saya juga. saya impinkan lelaki yang boleh bimbing dan pimpin saya ke jalan yang lebih baik. yang boleh bawa saya ke syurga. sebab saya bukanlah perempuan yang terbaik. terlalu banyak kekurangan. sebab itu saya perlukan lelaki itu untuk tunjuk mana salah silap saya. yang dapat memperbaiki setiap kekurangan saya. yang dapat sembahyang berjemaah bersama saya bila berkahwin nanti. dan saya amat berharap lelaki yang saya pilih itu adalah yang terbaik untuk saya.
  • Bertanggungjawab : Saya juga amat berharap dapat bersama dengan lelaki yang bertanggungjawab. Sekiranya dia ada rasa tanggungjawab pada keluarganya, ibu bapanya pastinya dia juga akan bertanggungjawab pada isterinya. dia takkan sanggup tengok isterinya susah. pastinya dia cuba untuk menyediakan segala keperluan setakat yang mampu. saya tak kesah kalau suami saya hanya bergaji kecil tapi dia berusahah untuk sediakan nafkah batin kepada isterinya. Amin. semoga Allah mengurniakan saya dengan suami sebegini. 
  • Bertolak ansur : Sikap ini paling penting sebenarnya. Kadang- kadang dalam rumahtangga adatlah kalau ada sikit pergaduhan. Sebab itu sikap ini patut ada. kadang- kadang lelaki egonya terlalu tinggi. tapi saya berdoa semoga bakal suami saya nanti masih dapat mendengar setiap teguran isteri untuk kebaikan rumahtangga juga. ego sebenarnya tidak memberi apa- apa keuntungan.
  • Kasih sayang : Harap sangat bakal suami saya nanti sentiasa mengasihi saya sepertimana dia mengasihi ibunya. 
  • Kejujuran : Jika kita tak jujur dalam suatu perhubungan, maka kita juga sebenarnya bukanlah orang yang jujur pada diri kita. Jujur sangat penting lagi- lagi dalam hubungan suami isteri. Perhubungan jarak jauh memrlukan kita kejujuran yang paling tinggi sebab setiap hari kita pasti diuji dengan pelbagai perkara. Harap- harap percintaan saya dengan lelaki tersebut sentiasa berlandaskan kejujuran.
  • Sentiasa jadi pelindung : saya nak suami yang selalu dapat melindungi saya. tak kesahla perlindungan untuk apa sekalipun tapi sentiasa membuatkan saya selamat bila bersamanya. Membuatkan saya rasa tenteram dan tenang bila dapat melihat air mukanya. 
  • Romantik : Perempuan mana taknak suami yang romantik. saya juga impikan lelaki yang romantik tapi biarlah bertempat. Takut kalau terlebih romantik semua perempuan dia berayat manis =) Taknak. selalu berangan bila da kahwin nanti dapat suami yang sentiasa membuat kejutan pada isteri =) Insyaallah. 
  • Ringan tulang : lelaki yang terbaik adalah lelaki yang sentiasa membantu tugas isteri. Tak semestinya perempuan je perlu buat kerja- kerja dapur, kemas rumah, jemur baju tapi zaman sekarang ada je lelaki yang tak sanggup tengok isteri balik kerja dengan penat buat semua tu sorang- sorang. sebab konsep perkahwinan sendiri adalah perkongsian maka tidak salah suami isteri berkongsi sama tugas yang perlu dilakukan. tetapi jika saya dikurniakan suami yang tidak bersikap sebgini, saya menerimanya. sebagai isteri saya cuba lakukan sedaya yang mampu untuk kemudahan suami =) 
  • Memimpin : saya lebih suka pada lelaki yang tegas tapi bertempat. saya taknak lelaki yang seperti lalang. mudah berubah- berubah. baru dia akan dapat jadi pemimpin yang berjaya untuk ahli keluarganya. 
  • Kesetiaan : saya amat- amat berharap jodoh saya itu akan selalu setia dengan saya. takda hubungan dengan mana- mana perempuan di belakang saya. kerna saya juga begitu setia bila saya sanggup commit dengan sesuatu hubungan.
  • Memahami : Hubungan yang baik adalah hubungan yang selalu dapat memahami antara satu sama lain. saya mengharapkan suami saya dapat jadi pendengar setiap cerita saya dan dapat berkongsi setiap perkara bersama saya sepertimana abah pernah lakukan dulu. 
  • Memanjakan : lelaki yang romantik pasti selalu memanjakan pasangannya. saya pun nak impikan macamtu. pasti bahagia bila ada suami yang selalu memanjakan isterinya.
  • Tidak kedekut : saya taknak lelaki yang terlalu berkira. Memang saya reject =P

Okayla. happy reading. 

Love, amera.





Friday, October 28, 2011

aku sepi tanpamu :)


Tahukah Anda!

Cukup suke dengan lagu ini. First time dengar mase kt rumah, terus search from youtube. Sebenarnye, ape-ape lagu sekalipun. lirik amat penting. once saye suke lagu itu, terus saye cari lirik. heehe..

so jom lirik lagu kesukeen saye :P

Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu.

bile esok hari datang lagi
ko coba hadapi semua ini
meskin tanpamu..oh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu
reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff
suara dengarkanlah aku


Lelaki itu


Assalamualaikum wbt..

Malam ni tiba- tiba rasa nak mengimbau balik permulaan saya mengenali bakal suami. Serius, saya tak pernah mengenali lelaki itu apatah lagi nak jumpa. Seingat saya lamasa tu kita semua masih lagi ber'friendster' dan facebook masih belum lagi ada. Mula- mula lelaki itu message saya menerusi friendster buat pertama kalinya lebih kurang bulan 2. Tapi saya sikit pun takda rasa nak balas balik message itu. Dalam bulan 8 tahun itu juga, saya cuba belek- belek album lelaki itu hanya dengan niat bosan. sambil tengok sambil komen. tapi saya terima response lagi dari lelaki tersebut untuk berkawan. saya rasa tak salah untuk hulurkan sedikit salam persahabatan. lagipun saya tak rasa pun akan berkekalan sampai hari ini. Tapi lelaki ni sikit lain sebab dia sanggup datang jumpa famili dulu sebelum jumpa saya. Perkara tu sikit sebanyak membuatkan saya terbuka hati untuk lebih mengenali dia. sebab saya pasti dia seorang yang berani berdepan dengan sesuatu perkara.

Raya tahun itu, dia datang bersama abangnya semata- mata untuk datang beraya dan berkenalan dengan keluarga. Padahal dengan saya pun dia tak pernah jumpa lagi. Kesungguhan tu penting. sebab itu saya dapat rasa dia begitu serius untuk berkawan. after tu, kami declare as a couple. tapi jarang jumpa. jarang dating. lagipun masa tu saya tengah further master then dia posting ke sabah. before dia posting, dia datang jumpa parents semata- mata untuk bagitau dia terpaksa posting ke sabah. Masa tu sekali lagi membuka hati saya untuk menerimanya dengan sepenuh hati disebabkan cara dia menghormati kedua ibu bapa saya.

Then hubungan kami berlaku secara PJJ. Kami memang jarang sangat berdating macam pasangan - pasangan lain. Cuma berjumpa bila dia cuti sekolah dan kebetulan saya cuti semester. After tu, dalam bulan 3 tahun seterusnya dia bawa saya jumpa famili dia. then bulan 6  famili datang merisik. then bulan 9 kami bertunang. semuanya berlaku dalam keadaan yang cukup simple dan mudah. Kami ambil masa lebih kurang setahun lebih bertunang disebabkan saya masih ada commitment dengan study. Tapi begitulah hebatnya percaturan yang Allah aturkan. sekiranya benar dia jodoh kita, pastinya Allah akan mempermudahkan segalanya tanpa kita sedar. Even jarang jumpa, tak berapa mengenali tapi akhirnya dia adalah jodoh saya. saya terimanya dengan hati yang terbuka. sebab saya tahu Allah beri dia untuk saya. dan pastinya itu adalah lelaki yang terbaik untuk saya. dan sejak itu saya belajar untuk menyintai dan menayayangi dia sepenuh hati saya.

Dan sesungguhnya, perancangan Allah swt itu adalah terbaik. Lebih kurang sebulan lagi kami akan disatukan sebagai suami isteri. Insyaallah =)

Love, amera.

Thursday, October 27, 2011

Muhasabah Diri


Assalamualaikum wbt =)

Penat baru balik kerja tak hilang lagi tapi sudah menghadap blog. Kalau datang mood nak menulis memang taktau stop. Lagi sebulan nak bergelar isteri orang. Status yang akan membataskan banyak perkara. Rasa takut memang ada, tapi setiap orang yang normal pasti akan melalui saat ini. Saat diijab kabul dengan seorang lelaki yang asing dalam hidup kita, menjadi lelaki yang halal untuk kita, dan pastinya lelaki yang akan bersama kita sepanjang hayat sekiranya jodoh dan takdir yang Allah tentukan itu berpanjangan dan berkekalan. InsyaAllah =) Setiap orang pastinya mengimpikan sebuah hubungan dan perkahwinan yang berkekalan. Takda orang yang berkahwin untuk menderita. untuk susah. Tapi itulah, kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Cuma saya mengharapkan perkahwinan saya nanti akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Semoga lelaki itu adalah yang terbaik untuk saya.

Saya sentiasa percaya perancang terbaik adalah Allah swt. Even kita bercinta dengan seseorang itu bertahun -tahun sekalipun tapi jika dia bukan jodoh kita, pastinya halangan untuk berkahwin itu akan tetap ada. Dan di saat itu, sekiranya kita benar- benar faham konsep jodoh, kita pasti akan redha dan bersedia untuk semua itu. Restu ibu bapa itu juga penting untuk kebahagiaan dalam perkahwinan. Kita berkahwin untuk cari keredhaan Allah swt, untuk cari keredhaan ibu bapa. Kita kena percaya dan yakin, jika kita berkahwin atas restu ibu bapa pastinya Allah akan sentiasa meredhai perhubungan kita suami isteri nanti.

Saya selalu mengharapkan dan berdoa agar lelaki itu adalah yang tebaik untuk saya. Lelaki yang akan menjadi iman dan syurga buat saya. Lelaki yang akan sentiasa bersama saya ketika saya susah senang. Lelaki yang akan sentiasa memberi petunjuk di saat saya kekeliruan. Dan lelaki yang akan membawa saya ke syurga. Sessungguhnya, saya mencintai dia kerana Allah bagi dia untuk saya. Dan saya tahu, dia adalah yang terbaik untuk saya.

Semoga saya bahagia dengan perkahwinan saya nanti. Amin.

okay. mood debaran menunggu masa untuk menjadi seorang isteri.

Love, amera.


Convocation!


Assalamualaikum wbt ..

Mood hari ni nak story pasal convocation =) Motif sebab rindu nak belajar balik. Rindu nak hantar assignment. Rindu nak buka buku tebal- tebal. Kat office hanya mampu buka file setiap hari. Alhamdulillah, ini convo kedua bagi saya. After a year bertungkus lumus tak tidur malam, menangis tak kira tempat, lengguh bahu kaki bawak beg galas, menghadap journal bagai nak muntah, buka kamus semata- mata tak faham bahasa inggeris, turun naik tangga fakulti semata- mata nak jumpa lecture, tunggu bas HBR sampai berejam - rejam and lastly. i got the Master =) satu pengalaman cukup bernilai. For those cakap Master is more easy than Degree. I don't think so. Tapi mungkin juga atas person tu sendiri. But For me. Memang cukup - cukup mencabar. Bayangkan, saya dengan my BFF terpaksa rushing pagi- pagi semata- mata untuk tunggu bas yang belum tentu akan sampai. Betapa susahnya kami ketika itu. Tapi pengalaman itu cukup membuatkan saya matang, berdikari dan kental. Saya sendiri cukup berbangga dengan diri sendiri.

A few picture during our convocation =) 



Perarakan graduan masuk ke dewan. Our Faculty, IT selepang clour grey =p



Lastly, im Master Holder =)

For some people asking me about PHD, rasa- rasa macam tidak buat masa sekarang. Priority saya sekarang hanya untuk kerja. Mungkin saya akan sambung, cuma mungkin selepas semua perkara selesai.Bukan tidak teringin untuk buka buku setiap hari, cari ilmu cuma kepentingan saya sekarang pada benda lain. Doakan semoga rezeki saya ada untuk mencari ilmu setinggi yang mungkin. Sebab saya ingin jadi orang yang selalu penuh dengan ilmu di dada.

Love, amera




Monday, October 24, 2011

10 signs u r FALLING IN LOVE!


Assalamualaikum wbt..

Pagi - pagi masuk office mood ceria bagai. Rase macam tengah angau bercinta =) Jatuh cinta mmg syok! lagi syok kalo jatuh cinta dengan lelaki yg betul - betul kita suka. kita sayang. Masa itu, memang hati asyik rindu je. Even bergaduh macamana sekalipun, pasti kita resah gelisah rindu kan dia. Kejap- kejap pasti tengok phone. Tunggu call. message paling tidak pun rasa gatal je tangan nak call no. dia secara tetiba. And saya nk share tanda2 korg memang sudah angau cinta bila ada ada tanda -tanda macam bawah ni =) 

  • U cnt sleep - hihi.. pertama sekali pasti susah nk tido. Rasa rindu je dia. Before tidur pasti asyik tunggu je message from him. If that guy tak call, tak message pasti korg rasa sedih. 
  • Want to know everthing bout him - yg nie memang habit saya. Kalau boleh semua benda saya nak search about him. Tak kiralah guna nama, ic semua benda saya search. orang panggil kecintaan yang melampau =) Habit tak berapa bagus.
  • Merajuk - Susah juga kalau asyik nak merajuk. Tapi lumrah org bercinta. Perlukan perhatian.
  • Rindu - Yang ini pasti :) Nama lagi bercinta kan. Always nak jumpa =) Tak jumpa menderita =P
  • Nebes - hihi.. selalu je nervous yang melampau - lampau. Macam nak ambil exam SPM =) 
  • Slalu je nk jmpe die - Susah kalau for those bercinta jarak jauh. Mana boleh jumpa selalu.
  • Nk pakai cantik-canti when to c him - hihi.. for girl its true =) Pasti selalu cari baju baru. Cuba nak jadi feminin, suka barang - barang yang comel. Biar bila kita pakai semua nampak sweet even though tak sweet mana pun.
  • x bole tgk muke org same mcm die - hihi.. ini memang selalu jadi pada saya. Kalau tiba- tiba jumpa dengan orang yang lebih kurang je macam dia. Pasti balik menangis. Tak faham betul perangai jenis pape =P
  • Suke save message yg dia bagi - yang ni memang saya selalu buat. Takda motif tapi sebab cinta sayang bagai sanggup save then salin dalam paper. Kalau rindu boleh baca balik =)
  • Everyday nk jadi org pertama wish gud morning FOR HIM - yang ni saya kurang praktik. Tak sempat nak message. pagi -pagi asyik kalut je. Tapi Alhamdululillah encik tunang jarang missing benda macamni =)
  • Tgk muke die slalu nk nanges - Its always happen to me =) Bila tengok muka dia pasti rasa sayang membuak- buak. Airmata pun keluar. Macam drama betul la =) 
  • Mulut asyik senyum je bile ingat nama dia - hihi.. kalau boleh 36 jam nk senyum dan sengih je :)
  •  
    Tanda -tanda ni saya sendiri alami, tapi mungkin tak sama pada orang lain.Selamat berbahagia semua.

    Love, amera.






                .

    New Chapter


    Assalamualaikum wbt ..

    Setelah sekian lama saya tak update any new, tetiba - tibsa rasa rindu nak berblog kembali =) Alhamdulillah, kehidupan saya dengan dulu sudah bebeza :) saya telah pun bekerja, bukan penggangur macam dulu lagi. Rutin pun sudah bertukar. Kalau dulu, pukul 10 pagi belum tentu bangun. Sekarang, pukul 6 lebih sudah wajib bangun. Kalau tidak memang sah - sah la kena ambil cuti hari itu. Pagi -pagi travel ke tempat kerja lebih kurang 1 jam. Lebih pun mungkin. Bukan jauh ke hape cuma stuck jam. Habis lengguh kaki sakit urat da jadi benda biasa =) Memang tragis =( masa ni jugalah berangan kalau sudah kahwin mahu hasben hantar jemput ke opis :) Tidur pun tak macam dulu lagi. dulu ala-ala sleeping beauty. ni mata pun da macam panda =( Asyik kurang tidur je. Mata pun tidak kira tempat nak tidur. Makan je asyik lebih. Biasalah, sekarang da kerja. Pilih je tempat dan oder =) Manala badan tak naik.

    Saya sekarang pun dalam proses untuk berkahwin. Alhamdulillah, date pun da ada. Cuma tunggu masa saja. Doakan semoga perkahwinan saya dengan encik tunang diberkati dan dirahmati Allah swt sentiasa. Dulu- dulu selalu cakap pada umie takmau kahwin. kalau kahwin pun bila umur sudah 35tahun. Tapi masa tu jugalah kena marah. orang perempuan belajar setinggi mana pun kena juga kahwin. nanti org ckp tak laku. tapi ade saya kesah =p Mungkin juga jodoh saya dengan lelaki tersebut, kenal tak lama. bercinta pun bukan sangat. hanya mengenali dia sebagai lelaki yang mungkin paling terbaik untuk hidup saya. InsyaAllah =) dan Allah mempermudahkan segalanya.

    okayla. saya kena sambung kerja. banyak lagi benda nak buat =)

    Love, amera.