ADDvs

Friday, September 7, 2012

bestfriend i ever had

Assalamualaikum wbt..

Tersangat lama tak update pape. No idea. No news =) Lebih selesa dengan life begini. last day di opis for this week. Memang tersangat heaven bile dapat pula bercuti di hujung minggu. Kerja agak banyak, file bertimbun tapi biasalah kalau - kalau da hujung- hujung minggu ni. Rasa fizikal je di opis tapi jasad sudah di rumah. Esok biasalah kerja- kerja basuh baju, kemas rumah, jemur lipat kain. Memang tu la rutin hujung minggu. Tak sah tak buat. Nak keluar berjalan- jalan memang tidak lah. Lebih suka di rumah rest segala sakit urat yang ada =) Lagipun saya takda sangat kawan di sini, a few memang di kampung. Lagi- lagi one of my bestfren. Her name Meriam. 

She is one of my best best best frend forever =) Kami berkawan sejak sekolah lagi sampai la sekarang. Even masing- masing have been marriage, but our relationship still closed. Dialah satu- satunya kawan yang saya selalu luah apa je masalah, sepertimana dia pun jadikan saya sebagai tempat meluahkan perasaan. Mungkin keakraban kami tak sama macam sekolah tapi bila da kahwin, keakraban kami terserlah dengan cara we care each other. Kami boleh berkongsi setiap masalah dan paling penting kami boleh menerima kitikan yang diberikan. Itulah dinamakan kawan. Tak semua kawan sanggup memberi nasihat yang terbaik jika kita memerlukan. Kebanyakkan semuanya hanya lebih kepada menjaga perasaan. alasan taknak kawan sedih. tapi kita tak sedar kita hanya akan lebih menganiyai kawan. for me, meriam such as a good good good friend to me =) 



Love, amera.

Thursday, April 19, 2012

Rindu suami

Hi..

Not in mood. yes. saya masih tak dapat tidur. Tiba- tiba rindu sangat pada suami. Kalau dia ada, pasti saya takkan bosan begini. Sedih bila terpaksa berjauhan dengan suami. Berkahwin sudah hampir 6 bulan, namun kami dipisahkan hanya kerana tuntutan kerja. Mungkin pada mereka yang berkahwin tapi terus dapat bersama suami takkan faham dan mengerti macamana seksanya terpaksa hidup sendiri tanpa suami. Hidup berdikari. yes betul. sebelum kahwin pun hidup sendiri. bukan ada orang bantu. tetapi bila sudah berkahwin, perasaan tu lain bila terpaksa berpisah. Bila tengok pasangan yang berkahwin dapat hidup bersama, rasa cemburu tetap ada. kenapa saya tidak dapat bersama suami. sedangkan dia adalah lelaki yang halal untuk saya.

Saya teringin untuk hidup bersama suami. Rindu untuk sediakan makan pakai suami. Rindu untuk sembahyang berjemaah bersama suami. saya rindu untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami.

Ya Allah, kau fahamilah isi hatiku. Sesungguhnya dekatkan lah aku dengan suamiku. 

Love, amera.

Monday, January 16, 2012

Dari cik kepade puan :)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Tahun ini saya menyambut dengan status baru. Status sebagai seorang isteri. Sungguh bahagia. Pastinya, tahun baru azam semstinya baru =) Semua baru. Niat pun kena baru. 25 November lepas, status cik telah bertukar kepada puan dalam sekelip mata. Alhamdulillah bersyukur sangat. Rasa diri bertambah matang. Tak boleh mengada- ngada sangat macam dulu. Kena rasa tanggungjawab dalam diri. Tak boleh lagi bersifat terlalu keanak- anakkan. Semuanya kena mendahulukan suami. Dulu takpa. kita tanggung sendiri tapi sekarang kena jaga maruah suami, air muka suami.

Berkahwin dengan lelaki yang masih saya tidak begitu mengenali membuatkan saya ingin belajar mengetahui apa je perkara mengenainya. Alhamdulillah, saya bahagia dengan perkahwinan ini. Jodoh saya bersama lelaki yang agak tegas tetapi bertanggungjawab. Dulu- dulu sebelum berkahwin, saya selalu cakap. dia tak romantik. sebab saya tak pernah rasa sifat itu ada pada dirinya. Tetapi alhamdulillah. after berkahwin. Allah swt jodohkan saya dengan lelaki yang cukup romantik dan penyayang. Terima kasih ya Allah, Engkau kurniakan sifat itu pada suamiku selepas berkahwin.

Semog Allah swt sentiasa memberkati dan merahmati perkahwinan kami berdua. Saya cuba utk jadi isteri yg terbaek utk seorang lelaki yg bergelar suami :)



Alhamdulillah sekali lagi, akhirnya Allah swt menyatukan dengan seorang lelaki yang akan menjadi iman untuk saya. Memang sungguh bahagia.

Love, amera.

Wednesday, January 4, 2012

sedikit cebisan 2011

-->
Assalamualaikum wbt..

Sudah masuk hari ke-4 kite melangkah ke tahun baru, 2012. Tahun yang diharapkan dapat memberi seribu kemanisan, kegembiraan dan keberkatan kepade kita semua. Insyaallah =) Amin. So jom ramai2 kita pasang azam baru. niat baru. for me, azam utk tahun baru just niat dalam hati je. takde ape yang istimewanye kecuali just do da best for myself. jadi orang yang lebih baik dari tahun sebelumnya :) Disebabkan itulah, setiap hari saya cuba menghargai setiap perjalanan kehidupan. Menghargai setiap moment yang berlaku :)

2011, banyak benda berubah. banyak kenangan yang berlaku. yang meninggalkan sejuta kenangan yang yang cukup indah :) 2011, tahun yang mengubah kehidupan saya, status saya dan juga pemikiran saya menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam :) so, 2011 pastinya tahun yang agak bermakna dan pastinye tahun yg selalu dalam ingatan.

Awal tahun 2011, tahun baru saya sbg seorang penganggur. pastinya tahun saya tidak lagi bergelar student. Permulaan tahun saya melepak kt rumah, makan bangun tido tanpa buat apa-apa. Tahun saya meluangkan masa dengan membaca buku-buku bukan ilmiah. Memang heaven sangat tapi still risau bila jadi penganggur yang tiada jaminan hidup. Tapi taklama :p Alhamdulillah ya Allah. sesungguhnya jadual yg Engkau susun untukku begitu terbaik :)

2011, rezeki untuk saya ade. Tahun pertama, kerja pertama bergelar pekerja di sebuah company after beberapa tahun mata menghadap buku-buku tebal :) Memang membahagiakan. Disbbkan kerja ini, jadi org yang suka dan banyak belajar, kutip ilmu sebanyak mungkin dan juga jadi org yang terlalu berdikari. Before ni, selalu diklasifikasikan sbg org terlalu bergantung pade org lain. Tapi Alhamdulillah. saya mampu berdiri sendiri hari ini. Terlalu bersyukur dengan rezeki ini, sbb ramai lagi member-member yg lagi power masih lagi penggangur :( semoga Allah memberi rezeki kepade kawan-kawan spertimana saye kecapi hari ini.

2011, berjaye jugak dapatkan master dan convo for 2nd time. Satu moment yang cukup indah sbg seorang student. Biar pun terlalu banyak kesusahan, kesukaran terpaksa hadapi but now, saya sudah boleh tersenyum dan berbangga dengan kejayaan sendiri. Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk habiskan master dalam mase setahun. Itu memang satu kebanggaan buat saya. Ade rezeki, pasti PHD yang saya capai :)

2011, Allah pertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang kini saya panggil suami. Alhamdulillah, hubungan yang berlaku terlalu singkat tp ia begitu bermakna. Dan saya begitu percayekan cinta selepas kahwin. Dan ternyata itu benar. Semoge Allah membuka pintu hati saya untuk menerima dia seadanya. Sepertimane die mencintai, menyayangi dan melayan dengan sepenuh hatinya.

so, 2012. harap rezeki saya lebih bertambah. dan diberi keberkatan dan kerahmatan oleh-Nya. Amin..
semoga segala ape yg saya hajati akan termakbul :) permudahkanlah segalanya ya Allah, hanye kepadamu aku memohon dan berlindung..


Jadi, kita tutup kisah 2011 dan kita memansang niat untuk lebih berjaya di tahun 2012. Niat saya cuma satu, untuk jadi orang yang lebih baik  dan semestinya jadi isteri yang terbaik untuk suami serta pastinya ingin lebih berjaya dalam kehidupan seharian.

Love, amera. 

Thursday, November 10, 2011

Entry Pendek

          Assalamualaikum wbt =)

Tiba- tiba rasa rindu rumah =(
Rindu segala apaje yang ada di rumah =(
Doraemon boleh tolong hantar saya balik rumah tak?

Selamat Malam =)

Love, amera.


Wednesday, November 9, 2011

Disaster Week

Assalamualaikum wbt..

Lagi tinggal beberapa hari saja lagi bergelar isteri orang. Perasaan agak cuak compare dengan last two week. Time ni bukan kemain lagi stress, jiwa makin kacau, badan makin sakit- sakit, tenaga pun kurang. Its would be disaster week to me! Banyak perkara kena settle, banyak benda kena fikir. Memang parah bila bercinta jarak jauh. Semua kena hadapi sendiri. Sekarang idea semua blank. Pujuk suruh datang pun tamau datang. Pandai pulak buat ala-ala merajuk time- time begini. Sekarang semua benda kurang. No more time. No more sleep. No more smile. Shopping pun tak menyempat - nyempat. Bukan setakat masa tak sempat tapi duit pun lari =( Cuba garu kepala sini sana tetapi masalah tidak jugak selesai. Tapi kalo takat pandang list dengan senyuman semewek memang sampai bila- bila pun takkan selesai.

Bawah ni, saya ada list sikit sebanyak perkara- perkara penting yang belum pun lagi selesai :)

List Not Settle 

1. Tudung nikah - Tak sure samada mahu beli atau sewa je. Sekarang cuma fikir cost.
2. Veil - Pasti sewa. Sudah confirm dengan bridal. Benda pakai sekejap je. Better sewa.
3. Bunga telur - Dari zaman bila plan nak p Nilai, tapi sampai sekarang tak juga beli.
4. Kad - Kad da settle. cuma masa untuk pos tak sempat. saya keja lepas subuh da turun malam baru balik. Jadi bilanya nak pos.
5. Kasut reception - Masih tercari- cari sampai bile nak berkenan ni.
6. Cadar - Mula- mula nak beli tapi cost takda. Jadi, decide untuk sewa je.
7. Goodies - Macam kena beli lagi. Takcukup.
8. Signage - Saya da siap draw. Yeay. Tinggal nak g letak je =P
9. Bunge tgn - Mula- Mula nak DIY sendiri tetapi biasalan saya. Taksah kalau tak buat last minit. Jadi, harusla sewa je.

Masih banyak lagi kan? Tapi tak larat lagi nk fikir :(

Thanks for reading :)

Love, amera.

Tuesday, November 8, 2011

story of caring

Assalamualaikum wbt =)

Saya sebenarnya bosan sangat- sangat bosan. Tapi saya nak menulis. Bukan kemain lagi ye. Sejak bila saya ada hobi menulis. Rasa homesick sebenarnya. Rasa rindu pada family terlalu bersungguh- sungguh. Bukan main- main. Rasa da taklama saya nak kahwin rupanya. Nak ada family sendiri. Dulu saya cuma ada Abah. Umie. Angah. Achik dan Adik. Then dalam tiba- tiba bertambah pulak dengan ahli lelaki iaitu Elly (hehe. adik ipar la). Jadi makin besar la sikit keluarga bahagia kami. Duduk tak duduk saya pula nak kahwin. Maka bertambahla lagi ahli keluarga baru. Lagi besar lagi bahagia kan =) Alhamdulillah. Abah pun dikurniakan menantu lelaki. Nak harapkan anak lelaki mungkin bukan rezeki abah. Takpa ada anak perempuan lagi bagus kan. Tapi mesti abah cukup sedih. Anak- anak perempuan dia da besar- besar. Da nak jadi milik orang da pun. Bapa mana yang tak rase perasaan kehilangan. Tapi takpa. Along tetap sayangkan abah dengan umie sampai bila- bila.

Perasaan sedih memang akan ada bagi setiap orang yang akan jadi milik orang taklama lagi. Gembira untuk ada suami memang ya. Tapi rasa sedih dan sebak bilamana bukan lagi jadi hak keluarga sepenuhnya. Macam saya, alhamdulillah dilahirkan dalam family yang lengkap, yang bahagia dan begitu rapat. Bagi saya, adik beradik is my best frend. We can share everything tak kira pasal cinta, life or apa je kami suka. Mempunyai adik beradik yang sikit memberi peluang untuk kami jadi terlalu rapat dan terlalu mengambil berat antara satu sama lain. Memang saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang berduit. Abah cuma pegawai kerajaan level biasa saja. Umie pula cuma surirumah. Tetepi kanmi semua tak pernah kekurangan apa- apa. Abah akan cuba penuhi selagi mampu.

Ni one of the our famili picture. hihi. Menantu- menantu abah nanti kita ambil gambar lain yes =)







Bahagia kan =) Even saya akan ada suami nanti, pasti diorang still ada di hati saya. Mungkin saya akan ada abah dan ma baru, adik kakak dan abang- abang baru tapi percayalah. kasih saya pada kamu semua takkan terhakis sikit pun. Saya amat mengharapkan bakal suami saya nanti akan sayang saya sepertimana abah sayangkan saya. melindungi dan menghormati saya sepertimana abah menjaga saya. dan menyintai saya sepertimana dia menyintai ibunya sendiri =) Amin.

Love, amera.