ADDvs

Thursday, November 10, 2011

Entry Pendek

          Assalamualaikum wbt =)

Tiba- tiba rasa rindu rumah =(
Rindu segala apaje yang ada di rumah =(
Doraemon boleh tolong hantar saya balik rumah tak?

Selamat Malam =)

Love, amera.


Wednesday, November 9, 2011

Disaster Week

Assalamualaikum wbt..

Lagi tinggal beberapa hari saja lagi bergelar isteri orang. Perasaan agak cuak compare dengan last two week. Time ni bukan kemain lagi stress, jiwa makin kacau, badan makin sakit- sakit, tenaga pun kurang. Its would be disaster week to me! Banyak perkara kena settle, banyak benda kena fikir. Memang parah bila bercinta jarak jauh. Semua kena hadapi sendiri. Sekarang idea semua blank. Pujuk suruh datang pun tamau datang. Pandai pulak buat ala-ala merajuk time- time begini. Sekarang semua benda kurang. No more time. No more sleep. No more smile. Shopping pun tak menyempat - nyempat. Bukan setakat masa tak sempat tapi duit pun lari =( Cuba garu kepala sini sana tetapi masalah tidak jugak selesai. Tapi kalo takat pandang list dengan senyuman semewek memang sampai bila- bila pun takkan selesai.

Bawah ni, saya ada list sikit sebanyak perkara- perkara penting yang belum pun lagi selesai :)

List Not Settle 

1. Tudung nikah - Tak sure samada mahu beli atau sewa je. Sekarang cuma fikir cost.
2. Veil - Pasti sewa. Sudah confirm dengan bridal. Benda pakai sekejap je. Better sewa.
3. Bunga telur - Dari zaman bila plan nak p Nilai, tapi sampai sekarang tak juga beli.
4. Kad - Kad da settle. cuma masa untuk pos tak sempat. saya keja lepas subuh da turun malam baru balik. Jadi bilanya nak pos.
5. Kasut reception - Masih tercari- cari sampai bile nak berkenan ni.
6. Cadar - Mula- mula nak beli tapi cost takda. Jadi, decide untuk sewa je.
7. Goodies - Macam kena beli lagi. Takcukup.
8. Signage - Saya da siap draw. Yeay. Tinggal nak g letak je =P
9. Bunge tgn - Mula- Mula nak DIY sendiri tetapi biasalan saya. Taksah kalau tak buat last minit. Jadi, harusla sewa je.

Masih banyak lagi kan? Tapi tak larat lagi nk fikir :(

Thanks for reading :)

Love, amera.

Tuesday, November 8, 2011

story of caring

Assalamualaikum wbt =)

Saya sebenarnya bosan sangat- sangat bosan. Tapi saya nak menulis. Bukan kemain lagi ye. Sejak bila saya ada hobi menulis. Rasa homesick sebenarnya. Rasa rindu pada family terlalu bersungguh- sungguh. Bukan main- main. Rasa da taklama saya nak kahwin rupanya. Nak ada family sendiri. Dulu saya cuma ada Abah. Umie. Angah. Achik dan Adik. Then dalam tiba- tiba bertambah pulak dengan ahli lelaki iaitu Elly (hehe. adik ipar la). Jadi makin besar la sikit keluarga bahagia kami. Duduk tak duduk saya pula nak kahwin. Maka bertambahla lagi ahli keluarga baru. Lagi besar lagi bahagia kan =) Alhamdulillah. Abah pun dikurniakan menantu lelaki. Nak harapkan anak lelaki mungkin bukan rezeki abah. Takpa ada anak perempuan lagi bagus kan. Tapi mesti abah cukup sedih. Anak- anak perempuan dia da besar- besar. Da nak jadi milik orang da pun. Bapa mana yang tak rase perasaan kehilangan. Tapi takpa. Along tetap sayangkan abah dengan umie sampai bila- bila.

Perasaan sedih memang akan ada bagi setiap orang yang akan jadi milik orang taklama lagi. Gembira untuk ada suami memang ya. Tapi rasa sedih dan sebak bilamana bukan lagi jadi hak keluarga sepenuhnya. Macam saya, alhamdulillah dilahirkan dalam family yang lengkap, yang bahagia dan begitu rapat. Bagi saya, adik beradik is my best frend. We can share everything tak kira pasal cinta, life or apa je kami suka. Mempunyai adik beradik yang sikit memberi peluang untuk kami jadi terlalu rapat dan terlalu mengambil berat antara satu sama lain. Memang saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang berduit. Abah cuma pegawai kerajaan level biasa saja. Umie pula cuma surirumah. Tetepi kanmi semua tak pernah kekurangan apa- apa. Abah akan cuba penuhi selagi mampu.

Ni one of the our famili picture. hihi. Menantu- menantu abah nanti kita ambil gambar lain yes =)







Bahagia kan =) Even saya akan ada suami nanti, pasti diorang still ada di hati saya. Mungkin saya akan ada abah dan ma baru, adik kakak dan abang- abang baru tapi percayalah. kasih saya pada kamu semua takkan terhakis sikit pun. Saya amat mengharapkan bakal suami saya nanti akan sayang saya sepertimana abah sayangkan saya. melindungi dan menghormati saya sepertimana abah menjaga saya. dan menyintai saya sepertimana dia menyintai ibunya sendiri =) Amin.

Love, amera.




Salam Aidiladha


Assalamualaikum wbt ..
Salam Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia dan juga di luar negara, termasuk kawan saya di Iraq =)

Macamana dengan raya kawan - kawan? Meriah bukan. Saya cuma beraya di kampung tercinta, Kota Bharu. Kat kelantan memang tersangat meriah berbanding dengan Hari Raya Aildilfitri. Memang selalunya begitulah di kampung saya. Taktau ya kalau di kampung orang lain. Tapi tahun ni agak kesunyian sikit compare dengan hari raya last year. Adik- adik pun tak balik. saya dengan si bongsu je pun ada beraya. Bosan sikit. Sebab tak banyak perkara kami dapat lakukan bila berdua je. Korum tak cukup katakan =p Mula -mula saya pun tak rancang nak balik. sebab cuti raya Haji tak lama. Tapi tiba- tiba je makcik cakap jom balik. jadi takkan tolak kot. apelagi terus cuti emergency leave.
akhirnya, hasrat nak beraya di perantauan tak kesampaian juga. kempunan =(

Pagi raya macam biasa saje. Kalau raya Haji memang pasti beraya sebelah Umie di Pasir Mas. Disebabkan tok ayah orang 'sembelih' lembu =) Jadi, ahli keluarga menantu cucu cicit memang wajib tolong. sebab selalu buat depan rumah je pun. Tapi this year, ramai pula saudara mara tak balik. Alasan diorang bagi cuma simpan cuti dan duit untuk balik kahwin saya nanti. Bahagia betul dengar. Terasa macam begitu berharga =) Thank you ye my loving auntie, uncle, pakcik makcik sepupu sepapat =)

Last year, saya ada bawa balik kawan sama- sama satu universiti. From Iraq. Memang teruja sungguh diorang tengok kita sambut hari raya haji dalam suasana begini. Tempat diorang tak sama macam kita. Semua serba kekurangan dan kesuasahan. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dapat hidup dan sambut hari raya dalam keadaan begini. Semuanya sempurna. Alhamdulillah.

Kepada kawan saya di Iraq, Ali dan Haitham =) Selamat berhari raya Haji di Iraq pada tahun ini.

Love, amera.

Tuesday, November 1, 2011

November sudah datang

Assalamualaikum wbt ..

November sudah datang melambai- lambai. Cepat betul =) Lagi beberapa hari akan jadi milik orang sepnuhnya. Sebelum ni kepunyaan abah umie. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan saya dan lelaki tersebut. Dada ni tak henti- henti berdebar. Macam tak percaya. Allah swt cepatkan perancangan saya untuk berkahwin. Dulu cita- cita umur 35 tahun ni baru je umur 27 ada lelaki melamar. Alhamdulillah =)

Alhamdulillah ya Allah =)
Perancangan kamu ternyata hebat dan terbaik. Amin. Insyaallah =)
Love, amera.

kata- kata perkahwinan


Assalamualaikum wbt =)

Tadi bosan. Jadi jari asyik asyik sangat bermain dengan encik google =) Tiba - tiba terjumpa satu ayat yang cukup bermakna bagi saya yang akan bergelar isteri orang nanti. saya share di sini bukan untuk sesiapa cuma untuk mengingatkan diri saya kepada konsep perkahwinan =)



   sama- sama kita menghayati =) 

   love, amera