ADDvs

Monday, January 16, 2012

Dari cik kepade puan :)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Tahun ini saya menyambut dengan status baru. Status sebagai seorang isteri. Sungguh bahagia. Pastinya, tahun baru azam semstinya baru =) Semua baru. Niat pun kena baru. 25 November lepas, status cik telah bertukar kepada puan dalam sekelip mata. Alhamdulillah bersyukur sangat. Rasa diri bertambah matang. Tak boleh mengada- ngada sangat macam dulu. Kena rasa tanggungjawab dalam diri. Tak boleh lagi bersifat terlalu keanak- anakkan. Semuanya kena mendahulukan suami. Dulu takpa. kita tanggung sendiri tapi sekarang kena jaga maruah suami, air muka suami.

Berkahwin dengan lelaki yang masih saya tidak begitu mengenali membuatkan saya ingin belajar mengetahui apa je perkara mengenainya. Alhamdulillah, saya bahagia dengan perkahwinan ini. Jodoh saya bersama lelaki yang agak tegas tetapi bertanggungjawab. Dulu- dulu sebelum berkahwin, saya selalu cakap. dia tak romantik. sebab saya tak pernah rasa sifat itu ada pada dirinya. Tetapi alhamdulillah. after berkahwin. Allah swt jodohkan saya dengan lelaki yang cukup romantik dan penyayang. Terima kasih ya Allah, Engkau kurniakan sifat itu pada suamiku selepas berkahwin.

Semog Allah swt sentiasa memberkati dan merahmati perkahwinan kami berdua. Saya cuba utk jadi isteri yg terbaek utk seorang lelaki yg bergelar suami :)



Alhamdulillah sekali lagi, akhirnya Allah swt menyatukan dengan seorang lelaki yang akan menjadi iman untuk saya. Memang sungguh bahagia.

Love, amera.

No comments:

Post a Comment