ADDvs

Thursday, April 19, 2012

Rindu suami

Hi..

Not in mood. yes. saya masih tak dapat tidur. Tiba- tiba rindu sangat pada suami. Kalau dia ada, pasti saya takkan bosan begini. Sedih bila terpaksa berjauhan dengan suami. Berkahwin sudah hampir 6 bulan, namun kami dipisahkan hanya kerana tuntutan kerja. Mungkin pada mereka yang berkahwin tapi terus dapat bersama suami takkan faham dan mengerti macamana seksanya terpaksa hidup sendiri tanpa suami. Hidup berdikari. yes betul. sebelum kahwin pun hidup sendiri. bukan ada orang bantu. tetapi bila sudah berkahwin, perasaan tu lain bila terpaksa berpisah. Bila tengok pasangan yang berkahwin dapat hidup bersama, rasa cemburu tetap ada. kenapa saya tidak dapat bersama suami. sedangkan dia adalah lelaki yang halal untuk saya.

Saya teringin untuk hidup bersama suami. Rindu untuk sediakan makan pakai suami. Rindu untuk sembahyang berjemaah bersama suami. saya rindu untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami.

Ya Allah, kau fahamilah isi hatiku. Sesungguhnya dekatkan lah aku dengan suamiku. 

Love, amera.

No comments:

Post a Comment